PRU15 | BN arah persiapan jentera di Parlimen, DUN

2022-10-11 0

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional malam ini telah mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri komponen BN.

Dalam satu kenyataan malam ini, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ia merupakan antara beberapa perkara yang diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.